SEMBANG-SEMBANG


Pengikut

CHOCOLATE CUPCAKE

on 11 July 2008


1 1/2 cawan gula castor
3 sudu besar butter (lembutkan pada suhu bilik)
1 1/3 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri)
2 sudu teh baking powder (kalau dah pakai tepung naik sendiri saya bubuh satu sudu aje)
1/3 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar atau kurang
2 biji telur
White chocolate chips (untuk hiasan)

Putar gula castor dengan butter hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pastikan dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko tadi selang seli dengan susu segar. Gaul hingga sebati. Kemudian letakkan chocolate chips dan kaup balik sahaja. Isi dlm acuan 1/2 penuh sahaja.Bakar selama 20-30 minit guna suhu 160'C...atau sehingga masak

ROYAL ICING


putih telur dikocok sampai mengembang


masukkan gula halus sedikit demi sedikit


diaduk sampai rata, boleh ditambah air






diberi warna


dikocok sampai rata



sampai didapat kekentalan , berjejak
















dimasukkan dalam piping bag



siap digunakan

Ummu : Saya dah try buat ikut resepi yang saya ambil dari laman web Indonesia tapi ia lembik.Saya ingat gula kurang rasanya.Kalau ada sesiapa buat menjadi boleh ,boleh share dengan saya.

DECORATING CAKE


Orange Nutty Colatta Cookies



A
130 gm mentega
60 gm gula icing
2 sudu besar orange emulco

B
180 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung kentang
10 gm tepung kastard
1/2 sudu teh baking powder
25 gm serbuk badam

Untuk Hiasan
Kacang Hazel, Orange Flavoured Royal Icing, Telur Kuning

Putar A hingga ia sebati dan kembang.
Tambah bahan B, putar perlahan-lahan hingga ia jadi doh.
Rehatkan doh sekejap dalam 15-20 minit. Kemudian gelek dan terap dengan penerap acuan yang disukai. Susun di atas dulang.
Sapu di atasnya dengan telur kuning dan letakkan kacang hazel. Bakar selama 20 minit pada suhu 160'C. Sejukkan.
Bila sejuk, hiaskan dengan royal icing tadi.

Sumber : Babybatriesyia

KEK COKLAT




Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum (nina guna 2 cawan penuh)
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :

Campur koko,gula,susu cair,susu pekat manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap (nina tutup guna kain napkin anak je)........Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan

Chocolate Ganache
300 gm cooking chocolate
100 gm whippping cream

Panaskan whipping cream hingga mendidih. Angkat. Coklat yg telah dipotong tadi dimasukkan ke dalam cream dan kacau hingga hancur..

Sumber : Babybatriesyia

© Copyright by UMMU NAIELAH BLOGSPOT | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks