SEMBANG-SEMBANG


Pengikut

Cup cakes

on 08 July 2008


Cup cakes
200 gm butter
180 gula castor
3 tbsp custard powder
220 gm tepung naik sendiri
4 biji telur

Semua bahan di atas masuk sekali harung

BISKUT TULIP PRUNE


BISKUT TULIP PRUNE

125 gm butter
80 gm gula icing
20 gm tepung jagung
20 gm tepung susu
200 gm tepung gandum
1 biji putih telur
Buah prune - dipotong panjang-panjang

Putar butter dengan gula icing hingga kembang. Masukkan tepung susu dan tepung jagung. Putar lagi. Masukkan putih telur dan seterusnya tepung gandum. Uli hingga menjadi doh yg lembut. Jgn terlalu keras, nanti susah nak lekatkan masa membentuk. Terap adunan yang telah digelek dengan penggelek tart dengan acuan bulat. Letakkan prune di tengah, kemudian tutup bahagian bawah tart. Buatkan tangkai. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160'C.

Sumber : Babybatriesyia

BISKUT MAMA CARRIES


BISKUT MAMA CARRIES

Bahan-bahan :

250 g mentega
350 g tepung
100 g gula ising
150 g tepung jagung
1 sudu kecil vanilla essence

Topping :

125 g gula ising
1/2 putih telur
1/2 sudu besar tepung jagung
Emulco coklat

Kaedah penyediaan :

1. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Tambahkan esen vanilla dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung secukupnya. Uli hingga mendapat doh yang lembut.
3. Canaikan setebal 1/2 cm dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
4. Sapukan topping di atas biskut yang telah diterap. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan hujung jari untu meratakan topping tersebut.
5. Dengan menggunakan pencungkil gigi, celupkan ke dalam emulco coklat dan lorekkan di atas topping tadi.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 C selamat 17 - 20 minit.
7. Untuk menyediakan topping : Campurkan semua bahan dan kacau rata hingga mendapat pes yang pekat.

Sumber : Mamafami

© Copyright by UMMU NAIELAH BLOGSPOT | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks