SEMBANG-SEMBANG


Pengikut

BUBUR LAMBUK

on 17 June 2008


BUBUR LAMBUK

Bahan
2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuat
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.

KERABU PUCUK PAKU

KERABU PUCUK PAKU

Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
sedikit carrot [parutkan/sagat panjang]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan/tumbuk]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh dan carrot sagat tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.

NASI KERABU PANTAI TIMUR


Bahan-bahan:
Nasi putih
[boleh juga buat nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

KERABU PERUT


Bahan
500 gm perut [rebus dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau linpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
garam secukup rasa

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 biji cili merah
5 tangkai kacang panjang

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih.

AYAM PERCIK


Ayam Percik

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.

LAKSA TERENGGANU


LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH)

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa

Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan

SPAGETTI


SPAGETTI BOLOGNESE

bahan-bahan
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]

Cara:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.

GULAI DAGING TERENGGANU



GULAI DAGING TGANU

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

NASI DAGANG TERENGGANU



NASI DAGANG

Bahan-bahan
600 gm cawan beras
100 ml beras pulut
30 gm halba
400 ml air
400 ml santan pekat
garam secukup rasa

Bahan utk DiMayang
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia

Cara-cara membuatnya
1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh. Rendamkan.
2. Toskan dan masukkan dalam kukusan yg berlubang
3. Kukuskan sehingga naik wap.
4. Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
5. Siramkan dengan air dan kacau rata.
6. Masukkan semula beras dalam kukusan berlubang.
7. Taburkan hirisan halia dan bawang dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
8. Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yg telah digaulkan garam.
9. Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar


Gulai Ikan Tongkol

Bahan
1.5 kg ikan tongkol ]
50 gm asam keping ] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya ]
60 gm rempah kari ikan
10 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk jintan
80 gm cili mesin
4 ulas bawang kecil [tumbuk halus]
3 cm lengkuas [tumbuk kasar]
500 santan pekat
30 gm gula merah
30 gm kerisik
50 ml air asam jawa
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.


Acar Timun.

Bahan
100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah & hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
30 gm gula
garam

Air kapur secukup untuk merendam sayur

Cara.
1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang mancis.
2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
7. Hidangkan bersama nasi dagang.

Sumber : Kak Liza

PUDING COKLAT DIANA



BLACK FOREST TRIFLE

Bahan A
2 paket chocolate swiss roll
1 tin black cherries

Bahan B

Custard Cream
1 tin susu cair
2 1/2 tin air (guna balik tin susu tadi)
2 telur kuning
1 cawan tepung kastad
2 Tb cocoa powder
1 cawan gula
1 tsp vanilla esen

atau

100g instant custard
200-300ml milk
1 1/2 Tb cocoa powder/melted chocolate

Bahan C
200-250ml Rich cream

Bahan D
red cherries/ strawberries
chocolate curls/ grated chocolate/melted chocolate

1. Potong swiss roll dalam 1 1/2 inci dan susun dalam bekas.










2. Guna syrup dari tin black cherries dan sprinkle atas swiss roll, biar basah. then susun atau campakkan black cherries atas swiss roll tu.









3. Bahan2 untuk custard cream boleh buat awal dan simpan. campurkan semua bahan, kacau guna hand whisk dan masak, nak selamat double boil, biar api perlahan sampai pekat dan didih. kalau pekat sangat, tambah air dalam 1/2 cawan coz custard ni sepatutnya lembik sikit. Biar sejuk sikit.
4. Pukul whip cream tadi jangan sampai stiff sangat. ambil dalam 11/2 cawan dan masuk dalam custard tadi, kacau sebati utk dpt creamy effect cam ice cream, then tuang atas black cherries.







5. Balance whip cream tu tuang atas custard dan chillkan dalam peti sekurang2nya 6 jam, overnight lagi bagus....ingat cover dgn cling wrap, kalau tak cream tu akan crack.








6. Before hidang baru tabur red cherries/ strawberries dengan chocolate kat atas atau drizzle melted choc pun sedap...

MURTABAK SEGERA




Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur
Cara-cara mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

PIZZA DAGING


PIZZA DAGING

Bahan untuk Pizza

500 tepung gandum ]
1 paket yeast mauripan ] gaul rata
2 s/b gula ]
1 s/k garam ]
3 s/b majerin/ atau shortening
1 cawan air suam
1 biji telur

cara:
1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.

INTI PIZZA

bahan

2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

Sumber : Kak liza

PUDING BUIH SEMANGKA

Gambar resepi ni saya ambil dari laman web Indon.Memang cantik dan smooth puding ini.Dulu saya pernah try pakai bubuh dalm mangkuk bulat jer .Konon nak bagi jadi tembikai sebelah tapi last sekali jadi lembik.Banyak kali gak buat sampai menjadi.Tak sempat nak upload gambar dia.Tapi petua nak bagi puding ini elok kena kacau dengan mixer sampai adunan sejuk dan mesti pastikan mixer sampai bahagian bawah adunan.Kalau tak sampai pada semua bahagian,bahagian yang tak kena tu akan jadi agar-agar.

Meh kita tengok resepi yang saya guna untuk belajar buat puding ini.


Bahan2 Untuk Puding
20 gram agar2
4 cawan air
1/2 cawan gula halus
5 biji putih telur
1 s/k esen vanila
Sedikit kismis untuk hiasan.
Loyang Segitiga

Cara2 Menyediakan Puding

Masak agar2 dengan gula bersama 4 cawan air. Kacau2 supaya agar2 benar2 hancur..
Pukul putih telur sehingga ringandan bila diterbalik mangkuk, tak jatuh texturnya....
Masukkan esen vanila dan pewarna sambil dipukul dengan kelajuan yg perlahan. Bila dah sebati masukkan agar2 yang sedang mendidih tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul sentiasa dengan mixer. Pukul adunan sehingga agar2 menjadi suam dan bolehlah tuangkan ke dlm loyang segitiga.



Kalau nak buat macam puding diatas kena 3 kali buat adunan.Bila bahagian pertama keras ckit,baru letakkan adunan kedua dan seterusnya.Buat puding ni kena cepat sebab ia cepat keras.

Loyang puding semangka

© Copyright by UMMU NAIELAH BLOGSPOT | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks