SEMBANG-SEMBANG


Pengikut

RESEPI DADIH

on 27 August 2008


Assalamualaikum semua.
Baru-baru ini saya try buat dadih.Selalu orang ajar guna agar-agar.Kali ini seorang anak murid saya ajar buat pakai serbuk dadih.Terima kasih Fatin.Guru belajar dari anak murid.Tak per yang penting ia telah menjadi guru kita .Saya try buat ,mula- mula jadi macam puding.Kali kedua alhamdulillah menjadi dan macam yang orang jual kat kedai.Betul kata kawan saya ,orang tak pandai pun buat insyallah menjadi.Sesiapa yang nak berniaga pun boleh sbb ia agak menguntungkan kalau dijual.Satu peket dadih dah boleh dapat dalam 60 cup kecil.

Resepi Dadih
Satu peket serbuk dadih-perisa ikut suka (biasa saya pakai jenama Happy Gass)
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3/4 cawan gula pasir
Sedikit pewarna
Air (Ikut instruction kat peket)

Step
Jerang air sehingga mendidih
Masukkan gula sehingga hancur
Masukkan susu cair dan diikuti susu pekat(mane- mane boleh)
Biarkah ia mendidih sedikit(pastikan jangan terlebih mendidih)
Masukkan gula buah-buahan(disertakan alam peket)
Tutup api dan angkat
Masukkan serbuk dadih
Masukkan pewarna dan kacau sehingga rata.
Tuang dalam cup kecil
Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk.(jangan tutup tudung cup sebelum sejuk)

Serbuk Dadih Happy Grass

Selamat mencuba.





CHOCOLATE CUPCAKE

on 11 July 2008


1 1/2 cawan gula castor
3 sudu besar butter (lembutkan pada suhu bilik)
1 1/3 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri)
2 sudu teh baking powder (kalau dah pakai tepung naik sendiri saya bubuh satu sudu aje)
1/3 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar atau kurang
2 biji telur
White chocolate chips (untuk hiasan)

Putar gula castor dengan butter hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pastikan dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko tadi selang seli dengan susu segar. Gaul hingga sebati. Kemudian letakkan chocolate chips dan kaup balik sahaja. Isi dlm acuan 1/2 penuh sahaja.Bakar selama 20-30 minit guna suhu 160'C...atau sehingga masak

© Copyright by UMMU NAIELAH BLOGSPOT | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks