SEMBANG-SEMBANG


Pengikut

FANCY ICECREAM BISCUIT (DIANAA)

on 19 June 2008



FANCY ICECREAM BISCUIT (DIANAA)



BISKUT AISKERIM
Sumber : Kak Ana

Bahan-bahan :

750g tepung gandum
50g tepung jagung
520g mentega
560g gula aising
2 sudu besar susu tepung
100g tepung aiskerim
1 sudu kecil esen vanilla
2 kuning telur

Kuning telur ~ untuk sapuan
Coklat masakan ~ dicairkan
Manik berwarna atau chocolate rice berwarna

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung, tepung jagung, susu tepung dan tepung aiskerim. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula aising.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau sebati.
4. Masukkan bahan kering yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Gelekkan doh di antara dua keping plastik setebal 3/4 sm. Terap menggunakan acuan aiskerim. Susun di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas. Sapukan kuning telur di atas biskut.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 C dan bakar hingga masak. Lebih kurang 20 - 25 minit.
7. Biarkan biskut sejuk terlebih dahulu.
8. Bila telah sejuk, celupkan di bahagian atas biskut dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburan dengan manik berwarna atau chocolate rice.

.

0 comments:

© Copyright by UMMU NAIELAH BLOGSPOT | Template by BloggerTemplates | Blog Trick at Blog-HowToTricks